Meskipun hati Dr Vida masih tabah apabila dicemuh segelintir masyarakat, namun yang membuat jiwanya sedih dan remuk ialah kritikan pedas daripada orang yang dianggapnya sebagai sahabat iaitu Datuk Chef Wan.
Antara kritikan Chef Wan melalui Instagram miliknya ialah dia terpaksa beralih ke ruang tamu sebaik melihat iklan Qu Puteh disiarkan ketika menonton Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29).
Malah Chef Wan juga telah memuat naik gambar lucu seolah memerli produk Qu Puteh apabila memakai bedak sambil makan mi segera. Jika dibayangkan lebih lanjut, mee yang terjulur itu juga ibarat Chef Wan 'muntah' disebabkan melihat iklan produk tersebut.
"Dia seharusnya tidak berbuat demikian kerana saya pernah berkunjung ke rumahnya (Chef Wan) semasa menjadi pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kira-kira 15 tahun lalu.
"Mungkin dia sudah terlupa dengan saya. Dia adalah mentor saya dan kami pernah bekerjasama memberi bantuan untuk tabung yang dianjurkan oleh pihak universiti. Terpulanglah jika dia nak kritik saya sekali pun, itu hak dia," ujarnya seolah memulang paku buah keras.
Bagaimanapun, Dr Vida meluahkan hasrat untuk bertemu dengan Chef Wan suatu hari nanti. Untuk apa pertemuan tersebut kami kurang pasti tetapi kemungkinan mahu menjernihkan semula salah faham antara mereka.
Terdahulu Dr Vida berkata, dia telah melaburkan sejumlah RM3 juta untuk menjayakan AJL29 dan dia mempunyai hak untuk mempromosikan produknya selepas mencapai persetujuan dengan pihak pengurusan TV3.
"Sebagai seorang ahli perniagaan sudah tentu saya mahu produk saya menonjol. Apa guna kalau saya laburkan wang berjuta-juta tetapi hasilnya tiada.
"Sebab itulah saya mahu produk saya dipromosikan dengan cara saya dalam anugerah berprestij itu. Kalau tak dapat apa-apa impak, tak ada maknalah iklankan produk," jelasnya dipetik sebagai berkata kepada mStar Online.
Sumber: Mstar Online
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Response to ""CHEF WAN ADALAH MENTOR SAYA" - DR VIDA"
Catat Ulasan